Friday, 17 June 2011

AYAH & IBU KAULAH SEGALANYA...


Bermulanya,
Ayah seorang warga Indonesia, seorang insan yang terpelajar,memilih jurusan Bank dalam pengajian di sebuah Universitas yang terkemuka di Indonesia..........
Merupakan  anak seorang petani, juga  anak ke2 daripada 6 beradik, terpaksa mengikat perut setiap hari, berjalan kaki sejauh 5km untuk sampai ke sekolah ditemani sebuah buku dan sebatang pensel.......demi menuntut ilmu....Perjuangan untuk menuntut ilmu putus ditengah jalan.....
"Tan, ayah dan ibu telah bersetuju untuk menikahkan engkau dengan sepupumu".....Hancur hati Tan saat mendengar kata putus dari ayah dan ibunya...Tanpa berfikir panjang, Tan telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar.........Tepat jam 2.00pagi Tan keluar dari rumah, berbekalkan sedikit wang, Tan terus keluar dari rumah dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia........Berbekalkan hati yang penuh dengan kekecewaan, Tan meneruskan perjalanan menuju Ke Kota Kinabalu, Sabah. Setelah mengharungi perjalanan selama hampir sebulan dengan menaiki feri akhirnya Tan sampai di bumi Malaysia.....
Bermula dengan bekerja sebagai seorang buruh diladang kelapa sawit di Miri, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Begitulah rutin harian Tan.S ehinggalah bertemu jodoh dengan Su pada tahun 1980.
Kehidupan diteruskan. Pada tahun 1984 Tan dan su dikurnikan cahaya mata yang pertama. Alangkah gembiranya hati kedua insan yang bergelar "ibu" dan "ayah" saat melihat kehadiran si kecil.Insan yang bergelar "ibu" berasa amat bersyukur sekali selepas melahirkan seorang bayi yang amat comel. Kesakitan hilang terasa disaat menatap wajah si kecil. Si ayah melaungkan azan di telinga si kecil....Allahuakbar, Allahuakbar.Si kecil lah permata hati,Segala kesunyian, suka dan duka dalam menempuh kehidupan kini tidak terasa sejak kelahiran puteri kecil.
Tidak terasa sekarang kita sudah berada pada tahun 2013. Ini bermakna, puteri kecil dahulu sudah berusia 29 tahun. Sudah berumahtangga rupanya. Tetapi Ayah dan ibu masih bersedih kerana si kecil masih belum berjaya dalam kehidupan.  Pekerjaan yang tidak stabil, dengan anak 3 orang, hutang keliling pinggang, ayah dan ibu masih terus membantu seberapa yang boleh.
Usia ayah kini sudah menjangkau 60 tahun. Ayah masih kuat bekerja demi menyara kehidupan seharian. Dengan hanya berbekalkan tuang empat kerat, ayah mampu memperoleh pendapatan RM 4,000 sebulan dengan hanya bekerja sebagai buruh. Semangat ayah  yang kuat bekerja harus dicontohi. Ayah bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah.Simen, batu bata, kayu,paku, tukul, dan cangkul semuanya bahan permainan ayah.Demi sesuap nasi, ayah terus bekerja.
Hati anak mana yang tidak sedih melihat ayah yang sudah berada diusia emas masih bekerja. Ayah sepatutnya duduk dirumah berehat mendekatkan diri kepada Allah S.w.t. tapi apa yang mampu dilakukan oleh puteri kecil? rezeki tidak menyebelahinya. Usaha terus dilakukan oleh Puteri kecil demi mengejar cita-cita dan impian ayah dan ibu  untuk melihat dirinya berjaya.
Pengorbanan ayah dan ibu tiada titik noktah. Puteri kecil hanya mampu berdoa  agar Allah s.w.t mengabulkan permintaannya agar dirinya dapat membela nasib keluarga tercinta. Doa ayah dan ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidup puteri kecil. 
Semoga putri kecil menemui kebahagian yang dicari berkat daripada pengorbanan ayah dan ibu selama ini~